01 March 2013

WANITA PUSAT KE SPRM

Wanita pusat hari ini membuat laporan terhadap Ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiah yang terpalit kes Puspahanas. YB Zuraida Kamaruddin hari ini memberitahu bahawa siruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia di beri masa 2 minggu untuk membuat siasatan terperinci.

Buat masa ini Raja Ropiah hanya berdiam diri dalam kes ini. MJadi saya berharap pihak SPRM dapat menyiasat dengan teligi



24 February 2013

Kursus PACABA Peringkat Parlimen Ampang

Kursus PACABA Peringkat Parlimen telah pun diadakan pada 16 Februari 2013 yang lepas. Pada hari tersebut juga diadakan simulasi piliharaya bagi menguji tahap kesediaan sukarelawan PACA yang bakal bertugas pada PRU13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja.

Simulasi Pilihanraya telah diadakan di Dewan MPAJ, yang telah dihadiri lebih 200 org PACABA. Kursus tersebut dikendalikan oleh Ketua PACA Sdr Faridi Yaakob dan Puan Rohana Ali.



 

Sambutan Tahun Baru Cina di DUN Sementa

Tahun Baru Cina yang telah di sambut masyarakat Tiong Hua pada 10 Feb lepas adalah sangat meriah sekali. YB Zuraida kamaruddin selaku Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Wanita Keadilan Pusat juga sibuk memenuhi jemputan sambutan Tahun baru Cina di kawasan Selangor mahupun di negeri-negeri lain. Antara tempat yang sempat beliau kunjungi adalah Sambutan Tahun Baru Cina di DUN Sementa bersama penyelaras DUN itu sendiri Dr Daroyah Halim





Himpunan Kebangkitan Wanita Malaysia


Semua Dijemput Hadir!





Pakatan promises 10 women ministers under its rule



article/pakatan-promises-10-women-ministers-under-its-rule/


17 February 2013

PESTA PONGGAL DI AMPANG

Segenap lapisan masyarakat di Ampang turut hadir mwneaikan pesta Ponggal yang diadakan diperingkat DUN Lembah Jaya. Majlis yang meriah ini diadakan di Ampang Waterfront



01 February 2013

SAYANG SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT UNTUK NAJIB!

31 JANUARI 2013

KENYATAAN AKHBAR
SAYANG SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT UNTUK NAJIB!

Wanita Keadilan merasakan segala pengumuman ‘fast track’ Najib bagi membeli hati pengundi wanita menjelang PRU13 ini sebagai terdesak dan sudah terlambat. Tidak mungkin janji-janji manis BN UMNO ini akan dikotakan jika BN UMNO menang PRU13 ini kerana banyak lagi janji BN UMNO yang terbengkalai selama ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa kami boleh mentadbir negeri- negeri kami dengan berjaya dan kami percaya dengan perancangan awal yang telah digubal melalui Agenda Wanita Malaysia dapat menjamin masa depan wanita Malaysia. Maka saya yakin kerajaan Pakatan Rakyatlah yang akan menerajui masa depan yang lebih cerah untuk wanita Malaysia. Wanita Pakatan Rakyat adalah harapan wanita Malaysia.

Program Tranformasi Baru Wanita yang di bawa Najib ini tidak lain adalah ciplak daripada Agenda Wanita Malaysia yang dibawa oleh pakatan Rakyat. Ini membuktikan bahawa pakatan Rakayt adalah kerajaan yang lebih proaktif dan progressif dalam membawa kehadapan mempertingkatkan mutu hidup wanita di negara ini manakala BN UMNO hanya menangguk di air yang keruh.

Saya melihat janji Najib untuk membawa pembaharuan kepada wanita di Malaysia sebagai satu lagi janji dicapati yang ditabur untuk kempen BN UMNO. Mengapakah najib tidak mahu ambil tahu tentang wanita selama ini? Lebih 50 tahun BN UMNO menjadi kerajaan tetapi baru sekarang Sangat terdesak sehingga menggunakan istilah ' 'FASTTRACK 'Pesan saya kepada Najib, Sayang semuanya sudah terlambat, janganlah PM kenangkan lagi… Cukup cukup sudah, Najib jangan buat helah!

WANITA BERDAYA NEGARA SEJAHTERA

YB Hajjah Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita KeAdilan Pusat

27 January 2013

TURUN PADANG EDAR BERAS DAN AIR MINERAL

Sejak pagi YB Zuraida Kamaruddin telah melawat beberapa kawasan yang telah dilanda masalah bekalan air terputus. Antaranya Flat Permai Ria, Tasek Permai, Flat Ampang mewah dan Flat Mesra Ria di Ampang Campuran. Sejak krisis air yg berlaku pada 27Disember tahun lepas masalah air yang dikatakan telah selesai sepenuhnya oleh SYABAS, beberapa kawasan di Ampang masih lagi mengalami masalah walaupun tidak berterusan.

Justeru YB zuraida telah mengambik initiatif bersama ahli majlis kawasan untuk tuun padang membuat edaran beras dan air mineral kepada pendduk yang teelibat. Isaha ni diharap dapat meringankan beban penduduk kerana kebanyakkan mereka yang terlibat krisis air ini terdiri dari golongan pendapatan rendah.

YB Zuraida sangat berharap bahawa SYABAS selaku pembekal air bersih ridak mempolitikkan keperlun asas rakyat ini untuk kepemtingan peribadi serta kepemringn sesebuah pihak.

Dalam pada itu, beliau juga sempat bertemu ahli JMB yang bertanggung jawa menyelenggarakan flat-flat terbabit










25 January 2013

SOKONGAN WANIA TERHADAP PR BERTAMBAH

22 JANUARI 2013
Hari ni Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin menyatakan bahawa sokongan wanita terhadap pakatan rakyat naik 5% berdasarkan kajian yang dibuat oleh sebuah institut kajian bebas.

Disebuah sidang akhbar yan diadakan di Pejabat Keadilan Pusat, Tropicana Damansara Zuraida berkata sokongan yang meningkat itunadalah hasil gerak lerja Wanita yang bertungkus lumus mempromosikan Agenda Wanita Malaysia yang antara lain menjanjikan Caruman Wanita Malaysia kepada wanita selurih negara jika menang pilihanraya. Selain itu katanya lagi, jika Pakatan Rakyat menang maka surirumah adalah orang yang paling untun kerana dapat membuat penjimatan wang sebanyak rm500 sebulan dan seaa tidak langsung dapat menambah duit poket mereka.

Pada waktubyang sama YB Zuraida juga telah mengkalungkan apron 'pakatan rakyat lindungi keluarga' kepada wanita warga penjaja pada sidang akhbar tersebut.







MELAWAT TAPAK TANAH RAJA ROPIAAH

Pada 21hb Januari awal minggu ini, Wanita Keadilan telah mengadakan lawatan tapak tanah kepunyaan Keya Wanita UMNO Selangor, Raja Ropiaah yang kini terpalit dengn skandal wang rm 160juta.

Kes yang dibongkar Rafizi Ramli serta Yb Zuraida ni membuktikan Wanita UMNO tidak mampu menjaga kebajikan kaum hawa di negara jni malah lebih buruk perjuangan mereka adalah untuk mengisi poket masing-masing dan mengaut duit rakyat sewenang-wenangnya.

Pada lawatan tapak tersebut Yb Zuraida telah pun meletakkan papan tanda yang memberitahu bahawa tanah tersebut aadalah milik kerajaan negeri Selangor serta menggesa Raja Ropiaah meletak jawatan.